AL-QURAN dan SUNNAH

AL-QURAN dan  SUNNAH
FOCUSING ON MEMORIZATION OF AL-QURAN

PENGAJIAN 1 2014

PENGAJIAN 1 2014

PENGAJIAN 2 2014

PENGAJIAN 2 2014

"TRANSIT"

"TRANSIT"

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN 2014

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN 2014

Wednesday, December 5, 2012

Pelajar-pelajar Harian, Sesi Pagi dan Kelas Al-Quran telah memulakan kelas mulai 3 Disember 2012. Pendaftaran telah dibuka. Sila daftar dengan segera. Tempat terhad. Keutamaan PPTT adalah KUALITI dan DISIPLIN.

Alhamdulillah....Program "SEMPURNAKAN SOLATKU & HAFAZAN JUZ AMMA" telah memasuki minggu keempat. Tinggal 2 minggu lagi sahaja lagi sebelum anak-anak ini kembali ke kehidupan asal dan alam persekolahan. Mudah-mudahan akan terus mengaplikasikan kehidupan berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Bagi yang terus bersama kami, PPTT mengucapkan tahniah kerana anda memilih jalan yang telah dibuka Allah. Mudah-mudahan keputusan anda untuk terus mendalami ilmu Al-Quran dipermudahkan Allah s.w.t. 


 (Kelas Al-Quran sesi Pagi)
Isyraf  (Pelajar Harian Tahun 1)
Nabil - adik (Pelajar Sesi Petang)


Adam dari Sabah belakang(Peserta Program)
Akmal (Pelajar Sesi Pagi)

Solat Dhuha (Imam Hidayat - Pelajar Sesi Pagi)


Balqis (Pelajar Sesi Pagi)

 (Pelajar Sesi Pagi)

Aqil Aizam (Peserta Program)
Shaz'Aiman (Pelajar  Harian Tahun 2)

Hidayat (Pelajar Sesi Pagi)

Wednesday, October 3, 2012

SUASANA DI PPTT

KELAS

HAFAZAN
 BACAAN YASIN
'MY CORNER'  :)

MOHON BIMBINGAN DAN TUNJUKAJAR

ASSALAMUALAIKUM....
Begitu besar dugaan bila nak melakukan sesuatu yang mendorong anak2 menghampiri Allah. Tapi saya dan suami bertekad akan bertahan dan memperjuangkan Taqwa Tahfiz demi membantu memartabatkan Islam dan mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.

Saya dan suami tidak mempunyai background yang sederhana pun dalam ilmu agama Islam tapi kami telah banyak memperbaiki diri melalui kelas2, bertanya pada yg arif, dengar ceramah2 online, hadiri majlis2 ilmu etc etc. Pengalaman semalam mendewasakan dan menjadikan kami lebih matang dan lebih berfikir tentang hari esok....

Saya pun dah beberapa kali cuba contact para2 ustaz yang ada madrasah/maahad tahfiz untuk mendapatkan bantuan tapi agak kecewa kerana samada menghubungi melalui FB, website, email....semuanya mengecewakan - ustaz terkenal dan tak terkenal malah PA pun sepi. Saya anggap ini antara 'cobaan' yang perlu saya hadapi.

So, di ruangan ini...kalau adalah kiranya bijak pandai serta mereka yang berpengalaman dalam menjalankan tahfiz dapat membantu...hanya Allah shj yang dapat membalas segala susah payah tuan/puan. Kami ni budak baru belajar. Sangat2 mengharapkan bantuan dan tunjukajar....

:)

Tuesday, May 8, 2012

Bersempena dengan Hari Guru, PPTT telah merancang beberapa aktiviti bagi para pelajar. Di antaranya...
Pertandingan :

* melaungkan azan
* hafazan (menyambung bacaan dari surah pilihan)
* mengarang biografi Nabi Muhammad s.a.w dalam JAWI

Mudah-mudahan aktiviti-aktiviti ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan di PPTT.
PPTT mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu..... Bersempena dengan Hari Ibu, PPTT merancang untuk menjalankan aktiviti pengenalan Seni Khat kepada para pelajar. Mudah-mudahan ini menjadi satu trademark di PPTT.

Wednesday, March 21, 2012

KELAS SEPENUH MASA

Alhamdulillah, kelas berjalan dengan lancar dan penambahbaikan diberi keutamaan ....