AL-QURAN dan SUNNAH

AL-QURAN dan  SUNNAH
FOCUSING ON MEMORIZATION OF AL-QURAN

PENGAJIAN 1 2014

PENGAJIAN 1 2014

PENGAJIAN 2 2014

PENGAJIAN 2 2014

"TRANSIT"

"TRANSIT"

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN 2014

KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN 2014

Tuesday, October 22, 2013

Assalamualaikum
Ucapan TERIMA KASIH pada kenalan-kenalan dan rakan-rakan yang
memberi kepercayaan kepada PPT untuk mendidik anak-anak yang dikasihi
dan dirahmati Allah.

Mulai 1 Oktober
Kelas Iqra dan Al-Quran telah dimulakan.

Mulai 1 November
Pelajar Tahfiz akan menyambung pengajian di Denai Alam
Mengikuti jadual semasa 830 a.m - 5p.m.

Mulai 18 - 29 November
Program Kenali Hafazan dan Sempurnakan Solatku akan dijalankan
selama 10 hari.

Mulai 9 - 27 Disember
Jom Cuba Tahfiz untuk anak-anak mencuba dan mengenali kehidupan
seorang pelajar tahfiz yang sebenarnya tidak sepertimana pendapat anak-anak
yang menyangka ianya menyusahkan, memeritkan dan membosankan.

Oh...Tidak sama sekali.:)

PPT berazam melahirkan para pelajar yang mantap hafazannya, baik penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab selain melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan X-treme seperti PARAGLIDING dan DIVING bagi yang berkemampuan dan mendapat izin ibubapa.


 
 
 














Program PPT dalam perancangan  juga meliputi RENANG, MEMANAH dan BERKUDA selain sukan biasa seperti bola sepak dan Ping-Pong.

Insy Shaa Allah, PPT akan berusaha melahirkan para hufaz yang berilmu dan professional.



Pusat Pendidikan Taqwa (Tahfiz) Berpindah Ke Denai Alam &

Aktiviti-aktiviti Hujung Tahun


Assalamualaikum, perkara-perkara di atas adalah dirujuk.


2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Taqwa
(Tahfiz) akan mula beroperasi di :

            Alamat : No. 8, Jalan Elektron  U16/83, Denai Alam.

                          (rumah ketiga dari Surau Al- Abrar)

           
3.         Kelas-kelas di Denai Alam:

            a) Iqra / Al-Quran (mulai Oktober)

            b) Hafazan sesi Pagi 830 - 1030. Petang 300 – 500. (Mulai Januari)

            c) Kelas Tahfiz Berasrama Penuh. (Mulai Januari)

 
4.         Pendaftaran telah dibuka. Pelajar diambil dalam kumpulan
kecil sahaja. DAFTAR SEGERA.

 
5.         Untuk pengetahuan tuan/puan, program-program juga telah
dirancang untuk aktiviti hujung tahun ini di Denai Alam. Tempat adalah
terhad. Sila dapatkan maklumat lanjut dan DAFTAR SEGERA.


a)   18  – 29 November (10 hari) :
      SEMPURNAKAN SOLATKU                      

3:00  PETANG – selepas Isya (+ makan mlam)
 

      b) 18 November – 29 November (10 hari)       :
           KENALI HAFAZAN                                   

     8:30 PAGI – selepas Zohor (+ makan t/hari)


       c) 9 Disember – 27 Disember (15 hari) : JOM CUBA TAHFIZ                                

      KUMPULAN 10 PELAJAR SAHAJA    

      (+ makan, minum, aktiviti)

-          Menjalani kehidupan seharian seperti pelajar tahfiz.


7.         Dapatkan info terkini di

            Facebook : taqwatahfiz

            Blog           : taqwatahfiz09.blogspot.com.

            Email          : taqwatahfiz@yahoo.com

            Hubungi     : 012 7165 095 dan  017 6279 600 

 
8.         Terima kasih untuk kerjasama dan sokongan.


*Anak-anak yatim sila hubungi Taqwa untuk kelas percuma.

Tuesday, June 11, 2013

Assalamualaikum...

Tahfiz Harian
830 pagi  - 500 petang

Kelas Tahfiz Sesi Pagi
830 pagi - 1130 pagi

Kelas Tahfiz Sesi Petang
200 petang - 500 petang

Kelas Iqra / Al-Quran (Isnin - khamis)
900 - 100 pagi
300 - 400 petang
800 - 900 malam

Aktiviti dalam perancangan :
World Of Games       : Bowling, Memanah (Tradisional), Renang, Catur.
World of Knowledge : The Glorious Islam, The Magnificent sky, The Brains of Islam.
World of Islamic Art  : Khat, Qasidah, Tarannum, Marhaban.
World of Sports        : Paragliding, Scuba Diving (only with parents' consent and support)





Wednesday, December 5, 2012

Pelajar-pelajar Harian, Sesi Pagi dan Kelas Al-Quran telah memulakan kelas mulai 3 Disember 2012. Pendaftaran telah dibuka. Sila daftar dengan segera. Tempat terhad. Keutamaan PPTT adalah KUALITI dan DISIPLIN.

Alhamdulillah....Program "SEMPURNAKAN SOLATKU & HAFAZAN JUZ AMMA" telah memasuki minggu keempat. Tinggal 2 minggu lagi sahaja lagi sebelum anak-anak ini kembali ke kehidupan asal dan alam persekolahan. Mudah-mudahan akan terus mengaplikasikan kehidupan berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Bagi yang terus bersama kami, PPTT mengucapkan tahniah kerana anda memilih jalan yang telah dibuka Allah. Mudah-mudahan keputusan anda untuk terus mendalami ilmu Al-Quran dipermudahkan Allah s.w.t. 


 (Kelas Al-Quran sesi Pagi)
Isyraf  (Pelajar Harian Tahun 1)
Nabil - adik (Pelajar Sesi Petang)


Adam dari Sabah belakang(Peserta Program)
Akmal (Pelajar Sesi Pagi)

Solat Dhuha (Imam Hidayat - Pelajar Sesi Pagi)


Balqis (Pelajar Sesi Pagi)

 (Pelajar Sesi Pagi)

Aqil Aizam (Peserta Program)
Shaz'Aiman (Pelajar  Harian Tahun 2)

Hidayat (Pelajar Sesi Pagi)

Wednesday, October 3, 2012

SUASANA DI PPTT

KELAS

HAFAZAN
 BACAAN YASIN
'MY CORNER'  :)

MOHON BIMBINGAN DAN TUNJUKAJAR

ASSALAMUALAIKUM....
Begitu besar dugaan bila nak melakukan sesuatu yang mendorong anak2 menghampiri Allah. Tapi saya dan suami bertekad akan bertahan dan memperjuangkan Taqwa Tahfiz demi membantu memartabatkan Islam dan mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.

Saya dan suami tidak mempunyai background yang sederhana pun dalam ilmu agama Islam tapi kami telah banyak memperbaiki diri melalui kelas2, bertanya pada yg arif, dengar ceramah2 online, hadiri majlis2 ilmu etc etc. Pengalaman semalam mendewasakan dan menjadikan kami lebih matang dan lebih berfikir tentang hari esok....

Saya pun dah beberapa kali cuba contact para2 ustaz yang ada madrasah/maahad tahfiz untuk mendapatkan bantuan tapi agak kecewa kerana samada menghubungi melalui FB, website, email....semuanya mengecewakan - ustaz terkenal dan tak terkenal malah PA pun sepi. Saya anggap ini antara 'cobaan' yang perlu saya hadapi.

So, di ruangan ini...kalau adalah kiranya bijak pandai serta mereka yang berpengalaman dalam menjalankan tahfiz dapat membantu...hanya Allah shj yang dapat membalas segala susah payah tuan/puan. Kami ni budak baru belajar. Sangat2 mengharapkan bantuan dan tunjukajar....

:)

Tuesday, May 8, 2012

Bersempena dengan Hari Guru, PPTT telah merancang beberapa aktiviti bagi para pelajar. Di antaranya...
Pertandingan :

* melaungkan azan
* hafazan (menyambung bacaan dari surah pilihan)
* mengarang biografi Nabi Muhammad s.a.w dalam JAWI

Mudah-mudahan aktiviti-aktiviti ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita.

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan di PPTT.